Selamat Datang ke blog e-fotografi, ruang khas untuk penggemar fotografi. Kami mengharapkan blog ini akan memberi ruang dan peluang untuk mencurahkan idea, memperoleh ilmu dan memperkembangkan bakat dalam fotografi.

Kepada pelajar PISMP IPG Kampus Ipoh 2011 khususnya, anda digalakkan untuk menghantar hasil kerja fotografi anda untuk dibincang oleh rakan-rakan dan pengunjung blog. Pastikan foto yang dihantar dilengkapkan dengan maklumat foto tersebut seperti tajuk, ISO, f-stop, speed , lens dan isikan label dengan teknik fotografi yang digunakan. Gunakan maklumat Teknik Fotografi dalam gadget sebelah sebagai panduan.
................................................................................................................................................................................................................................................................

Blog fotografi untuk yang baru belajar fotografi

Pengetahuan asas fotografi adalah mengenal kamera anda sendiri dan bagaimana ianya berfungsi. Dalam era digital ini, terdapat dua jenis kamera yang biasa digunakan iaitu kamera digital kompak (Compact) dan kamera digital SLR. Kedua-duanya boleh digunakan dengan baik asalkan mempunyai kreativiti dan memahami fungsi asas kamera. Kecantikan atau daya penarik sekeping foto bukan terletak pada nilai kamera, tetapi siapa yang berada di belakang kamera yang akan menyusun, memadan dan menentukan kesesuaian spesifikasi yang diperlukan bagi komposisi imej, cahaya, kelajuan dan aspek-aspek seni fotografi.

Siapa pun anda, silalah berkunjung ke blog ini dan berikan komen yang membina atau ikuti blog ini sebagai Follower untuk mengikuti perkembangan fotografi.

Sekian.  Moderator

No comments:

Post a Comment