Selamat Datang ke blog e-fotografi, ruang khas untuk penggemar fotografi. Kami mengharapkan blog ini akan memberi ruang dan peluang untuk mencurahkan idea, memperoleh ilmu dan memperkembangkan bakat dalam fotografi.

Kepada pelajar PISMP IPG Kampus Ipoh 2011 khususnya, anda digalakkan untuk menghantar hasil kerja fotografi anda untuk dibincang oleh rakan-rakan dan pengunjung blog. Pastikan foto yang dihantar dilengkapkan dengan maklumat foto tersebut seperti tajuk, ISO, f-stop, speed , lens dan isikan label dengan teknik fotografi yang digunakan. Gunakan maklumat Teknik Fotografi dalam gadget sebelah sebagai panduan.
................................................................................................................................................................................................................................................................

Makro


Foto makro dapat menjelaskan objek yang kecil kepada imej yang lebih besar dan jelas. Keupayaan kamera DSLR dengan lensa makro atau menggunakan sambungan / tube dalam mengambil foto objek kecil memudahkan tugas kita terutama sebagai seorang pendidik.

Cahaya dan Lanskap

Cahaya memainkan peranan penting apabila mengambil foto lanskap. Langit yang kebiruan terutama selepas hujan memberikan panorama yang menarik. Cuaca redup, mendung dan berjerebu amat tidak sesuai untuk foto lanskap. Seorang jurufoto lanskap perlu menunggu dan menunggu untuk mendapatkan cuaca yang baik untuk berkarya. Kalau dah dapat, setkan kamera anda lebih kurang begini:
Gunakan lensa wide angle
Setkan f-stop sekecil mungkin, f22 umpamanya. Ini akan memperlahankan shutter speed anda, jangan gerakkan kamera. Jadi gunakan tripod. Kalau ada, gunakan shutter release (Remote atau cable). Kalau takde, gunakan timer.
Gunakan teknik komposisi yang betul..klik

Banding 2009


Rule Of Third

Imej pada gambar foto secara terlalu seimbang kiri-kanan, atas-bawah akan menjadikan gambar foto kelihatan kaku dan membosankan. Rule of third merupakan teknik mengambil gambar yang dapat menghasilkan imej yang menarik dengan membahagikan permukaan bingkai kepada 3 bahagian secara mendatar dan menegak. Pembahagian ini akan mewujudkan secara ilusi 2 garisan mendatar dan 2 garisan menegak. Titik pertemuan garisan ini mewujudkan 1 titik keemasan atau golden point dari 4 titik yang ujud yang menjadi asas kepada Rule Of Third.
Bagi menjadikan sesebuah foto itu lebih menarik, penyusunan imej (komposisi) seharusnya mengambil kira titik keemasan ini iaitu imej utama atau imej yang menjadi tumpuan diletakkan pada salah satu titik ini. Imej dalam foto ini menjadikan kubah masjid sebagai imej utama dan diletakkan di penjuru atas sebelah kanan.

Untuk mengaplikasikan teknik Rule Of Third ini, terdapat dua cara boleh digunakan:
1.  Jurufoto membayangkan 4 garisan ini dan di mana titik pertemuan garisan-garisan ini. Imej utama harus diletakkan pada titik keemasan ini yang dilihat secara ilusi.
2.  Aktifkan Viewfinder Grid Display (Nikon) di mana garisan yang wujud akan memberi panduan untuk menyusun imej dalam viewfinder kamera.

Selamat mencuba

Speed

Motion

f/22 1/10 ISO200
Untuk mendapatkan kesan movement di belakang objek yang ditangkap, juru foto perlu menggunakan tripod kerana speed shutter yang perlahan akan menyebabkan objek yang ditangkap akan blur jika tangan juru gambar bergoncang. 

Perspektif

f/6.3 1/640 ISO400

Variation

f/5.6 1/250 ISO400