Selamat Datang ke blog e-fotografi, ruang khas untuk penggemar fotografi. Kami mengharapkan blog ini akan memberi ruang dan peluang untuk mencurahkan idea, memperoleh ilmu dan memperkembangkan bakat dalam fotografi.

Kepada pelajar PISMP IPG Kampus Ipoh 2011 khususnya, anda digalakkan untuk menghantar hasil kerja fotografi anda untuk dibincang oleh rakan-rakan dan pengunjung blog. Pastikan foto yang dihantar dilengkapkan dengan maklumat foto tersebut seperti tajuk, ISO, f-stop, speed , lens dan isikan label dengan teknik fotografi yang digunakan. Gunakan maklumat Teknik Fotografi dalam gadget sebelah sebagai panduan.
................................................................................................................................................................................................................................................................

Rule Of Third

Imej pada gambar foto secara terlalu seimbang kiri-kanan, atas-bawah akan menjadikan gambar foto kelihatan kaku dan membosankan. Rule of third merupakan teknik mengambil gambar yang dapat menghasilkan imej yang menarik dengan membahagikan permukaan bingkai kepada 3 bahagian secara mendatar dan menegak. Pembahagian ini akan mewujudkan secara ilusi 2 garisan mendatar dan 2 garisan menegak. Titik pertemuan garisan ini mewujudkan 1 titik keemasan atau golden point dari 4 titik yang ujud yang menjadi asas kepada Rule Of Third.
Bagi menjadikan sesebuah foto itu lebih menarik, penyusunan imej (komposisi) seharusnya mengambil kira titik keemasan ini iaitu imej utama atau imej yang menjadi tumpuan diletakkan pada salah satu titik ini. Imej dalam foto ini menjadikan kubah masjid sebagai imej utama dan diletakkan di penjuru atas sebelah kanan.

Untuk mengaplikasikan teknik Rule Of Third ini, terdapat dua cara boleh digunakan:
1.  Jurufoto membayangkan 4 garisan ini dan di mana titik pertemuan garisan-garisan ini. Imej utama harus diletakkan pada titik keemasan ini yang dilihat secara ilusi.
2.  Aktifkan Viewfinder Grid Display (Nikon) di mana garisan yang wujud akan memberi panduan untuk menyusun imej dalam viewfinder kamera.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment